Hadiahkan Buku Untuk Kanak-Kanak

Posted on May 27, 2009 by anum78.
Categories: Books.
Lama sudah saya tidak menulis. Kekangan masa di pejabat membatasi kemahuan saya. Baru-baru ini saya bercuti kerana melahirkan seorang bayi lelaki. Namun Allah lebih menyayanginya. Mohammad Abdullah bin Mohammad Abdul Wahab dijemput Ilahi menemani abangnya Ahmad dan kakaknya Siti Hawa 1 jam 1/2 selepas dilahirkan pada 18 Mac 2009 yang lalu.

Sepulang dari percutian yang panjang, saya digembirakan pula oleh komen yang saya terima di entri yang lalu. Sungguh saya tidak menyangka, Puan Azmah Nordin, salah seorang penulis yang saya minati, sudi membaca tulisan saya dan memberikan sedikit ulasan. Bangga rasanya. Terima kasih banyak Puan Azmah.

Saya amat menggemari novel ‘Noor Ainku Sayang’ yang dihadiahkan guru kepada saya ketika dalam darjah 4 dahulu. ‘Noor Ainku Sayang’ menambah pengetahuan dalam diri saya mengenai kewujudan Gua Gomantong di Sabah, aktiviti pemungutan sarang burung layang-layang dan kasih sayang sesama insan melalui watak Noor Ain yang menghidap down syndrome.

Bersama-sama ‘Noor Ainku Sayang’, saya turut dihadiahkah ‘Sabarlah Sayang’, karya Abu Hassan Morad. Inilah dua buah novel yang begitu berharga di sepanjang hidup saya, yang menyebabkan saya berkenalan dengan penulis2nya dan menyelongkar khazanah mereka di perpustakaan sekolah saya.

Pengalaman dihadiahkan buku sewaktu kecil dahulu menyebabkan saya begitu kepingin menghadiahkan buku untuk kanak2 yang saya kenali terutamanya yang mempunyai hobi membaca seperti saya. Kerana itu, di penghujung tahun 2008, saya mengambil kesempatan membelikan beberapa judul buku untuk adik2 sepupu saya yang berusia antara 6 - 12 tahun. Tetapi saya tidak sempat mengambil kesemua gambar buku-buku itu.

Arnab dengan kura2

Arnab dengan kura2

‘Arnab Dengan Kura-Kura Berlumba Lagi’ merupakan himpunan cerita rakyat. Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2008. Seimbas lalu, buku ini memang menarik kerana ilustrasi yang disediakan berwarna-warni.

halaman arnab dan kura2 

 

Penghuni Di Gunung Ledang

Penghuni Di Gunung Ledang

Selain itu, saya turut membeli ‘Penghuni Gunung Ledang’, juga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, tahun 2008. Buku ini turut dihiasi ilustrasi. Cuma ilustrasinya tidak berwarna-warni seperti ‘Arnab Dengan Kura-Kura Berlumba Lagi’.
halaman Penghuni Gunung Ledang

halaman Penghuni Gunung Ledang

Selain buku-buku di atas, saya turut membeli novel ‘Hantu Silap Mata’ karya Alif Firdaus Aziz terbitan PTS. Saya sempat menghabiskan bacaan novel ini sebelum menyerahkannya kepada adik sepupu saya. Menariknya, novel ini menyebabkan saya terlepas stesen lrt (saya membaca di dlm tren) dan lewat tiba di pejabat. ‘Hantu Silap Mata’ turut memberi ilmu baru kepada saya. Baharulah saya tahu bahawa teknik silap mata yang sukar (seperti memisahkan badan manusia, melepaskan diri dari ikatan dll) dilakukan bukan hanya dengan kemahiran tetapi turut memerlukan gabungan tenaga dan idea dari jurutera silap mata profesional untuk memastikan persembahan berjalan lancar dan mencapai matlamat. Juga, aktiviti silap mata boleh membawa maut atas kesilapan yang sedikit.
Saya merasa bangga kerana dapat menghadiahkan kanak-kanak buku. Ia bukan sahaja mengembalikan kenangan manis saya ketika dihadiahkan buku dalam usia kanak2, tetapi ia turut membawa bersama harapan dalam diri saya agar anak-anak ini membesar dengan persekitaran positif seterusnya menjadi insan yang penuh cita-cita, tidak jemu berusaha dan mempunyai nilai peribadi yang mulia.