
Burung Badai
Segan rasanya apabila tokoh yang saya segani bertanyakan entri baharu. Maaflah ustaz, huruf ‘mim’nya besar sangat.
Baiklah, di atas ini saya paparkan karya Allahyarham Arena Wati, penulis yang amat saya minati. Burung Badai diterbitkan pada tahun 1990 oleh Penerbitan Pustaka Antara, Kua aLumpur. Memuatkan 15 cerpen yang pernah disiarkan di pelbagai majalah dan surat khabar sekitar tahun 1961 - 1965.
Cerpen yang paling saya gemari ialah ‘Dunia Pelaut’. Bagi saya, tidak ada pengalaman anak kapal sehebat yang dipaparkan dalam cerpen ini. Tiga lagi cerpen yang memaparkan dunia pelaut ialah ‘Dunia Milik Kami’, ‘Dunia yang Kutinggalkan’ dan ‘Jalan Tunggal’.
Pak Arena juga tidak sepi dengan falsafahnya. Hal ini dinyatakan melalui cerpen ‘Socius Documentum’, ‘Burung Badai Zamanku’, ‘Kata’ dan ‘Jawapan’.
‘Malay Street’ dan ‘Muara Sebatang Lorong’ melukiskan kisah masyarakat.
Unsur dakwah diperlihatkan melalui cerpen ‘Antara Syurga dan Dosa-dosanya’ dan ‘Anak-anakku dan Ave Maria’.
Semangat perjuangan (politik) dikesan melalui cerpen ‘Seruling dari Mekong’ dan ‘Dialog’.
Yang terakhir, ‘Syonan-To 2604′, satu-satunya cerpen yang mengungkapkan rasa cinta sesama manusia.
Andartu @ Andalusia - Syurga Menantimu »« Salam Aidilfitri